Kaki Bengkak. Sakit apa tu?
























Pernahkah anda melihat kaki anda, saudara, kawan rapat anda mengalami kaki bengkak seperti ini?

Ini adalah antara gambar yang saya dapat tunjukkan pada pesakit yang menghidapi masalah buah pinggang. Bengkak ini biasanya melibatkan kedua-dua belah kaki. Bengkak ini juga tidak sakit, malah pesakit juga mampu untuk berjalan seperti biasa. Apabila ditekan, ia akan melekuk kedalam. Ini berlainan dengan kebanyakan sangkaan orang yang menyangka pesakit buah pinggang akan mengadu sakit pinggang dan juga lenguh-lenguh yang biasanya disebabkan oleh otot-otot belakang yang penat.























Antara fungsi-fungsi buah pinggang ialah mengawal tekanan darah, mengeluarkan hormon eritropoetin untuk merangsang penghasilan darah, mengumuhkan bahan toksik, mengumuhkan ubat atau bahan kimia yang dikumuhkan melalui buah pinggang serta mengawal paras elektrolit seperti sodium, potassium dan klorida.

Jadi simptom-simptom kegagalan buah pinggang adalah manifestasi dalam menjalankan fungsi ini. Pesakit akan kurang atau terlebih kencing, kulit menjadi lebih gelap , air berlebihan tidak dapat dikeluarkan menyebabkan kaki bengkak, terasa mual dan muntah disebabkan oleh bahan toksik berlebihan, gatal-gatal badan disebabkan oleh urea yang berlebihan, dan keletihan yang berpanjangan, dan juga anaemia iaitu kurang darah merah menyebabkan kelihatan pucat.

Antara penyebab kegagalan buah pinggang ialah :

  1. Penyakit vaskular ginjal- Renal artery stenosis, atheroemboli, hypertensive nephrosclerosis, renal vein thrombosis
  2. Penyakit glomerular primer - Membranous nephropathy, focal and segmental glomerulosclerosis (FSGS), membranoproliferative glomerulonephritis, rapidly progressive (crescentic) glomerulonephritis
  3. Penyakit glomerular sekunder -Diabetes mellitus, systemic lupus erythematosus, rheumatoid arthritis, scleroderma, postinfectious glomerulonephritis, endocarditis, hepatitis B and C, syphilis, human immunodeficiency virus (HIV), hemolytic-uremic syndrome (HUS), Henoch-Schönlein purpura, Alport syndrome, reflux nephropathy
  4. Ubat-ubatan - sulfa, allopurinol, ubat tahan sakit, antibiotik aminoglycoside, bahan radionuklied untuk pengimejan.
  5. Salur kencing tersumbat - batu karang, pembengkakan prostat, tumor, penyempitan uretra.
Jika tanda-tanda tersebut terdapat pada anda, sila berjumpa doktor dengan segera.

7 comments:

Anonymous said...

Good info and references to those who have healthy problems.Hope you can update this blog as many as how extend your knowledge about medication.

Dr Hassan said...

sure

Dr Hassan said...

every people love to get sick first while they are actually can prevent what so called lifestyle related diseases. As our modern life inevitably insisting us to just follow what people at western country consume especially food, we are not strong enough in avoiding it.

Just remember, you are what u eat. Then, u can be healthy and wealthy

afra said...

erm aku rasa ada jugak possiblity lain (DDX) utk bengkak kaki which is heart failure n chronic liver dz..

ManGe said...

Assalamualaikum Dr,

Pada hari ini saya terasa kedua-dua belah kaki saya bengkak terutamanya di bahagian betis. Saya telah merendamkan kaki saya ke dalam sebesen air panas dicampur dgn garam. Namun, masih lagi terasa bengkak. Adakah sebarang tindakan awal yg boleh saya ambil bagi mengurangkan kebengkakkan itu? Terima kas8h.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,
Saya ingin kan pendapat doktor mengenai situasi ini. Ayah saya mengalami bengkak kedua2 kaki nya. Setelah dirawat doctor yang merawat ayah saya memaklumkan bahawa ayah saya mempunyai penyakit lemah jantung. Selepas beberapa hari memakan ubat doctor tersebut kaki sebelah kanan ayah saya kembali seperti asal tetapi kaki sebelah kiri masih lagi bengkak dan mengalami kesakitan apabila berjalan. Adakah disebabkan kesan ubat atau ada terdapat penyakit lain pada ayah saya

Anonymous said...

Ayah saya mengalami kegagalan buah pinggang. Kaki nya bengkak dua2. Tapi dia x mahu ke hospital. Sudah puas di pujuk. Macam mana ye. Ada x ubat yg sesuai di gunakan? Harap bantu. Emel ke arcy87@live.com

Post a Comment