H1N1 mengganas. Rakyat panik !


Jumlah pesakit H1n1 semakin meningkat dengan drastik dan melibatkan komuniti berskala lebih besar seperti di sekolah berasrama, IPT, komuniti kelompok seperti di balai polis dsb. Pada waktu ini, kita tidak dapat lagi menentukan daripada mana pesakit mendapat jangkitan. Jumlah pesakit jangkitan tempatan pada waktu ini jauh melangkaui jumlah pesakit import manakala Malaysia sudah mula mencatatkan kematian berkaitan influenza. Kesemua pesakit yang meninggal dunia mempunyai comorbid atau risiko untuk mendapat lebih komplikasi berbanding mereka yang tidak ada faktor risiko. Kedatangan pesakit ke fasiliti kesihatan meningkat 2 x ganda lewat minggu ini.

Antara hipotesis yang boleh dibuat berkaitan dengan penularan ini ialah kepadatan penduduk yang tinggi di asrama-asrama, tidak mengamalkan etika batuk, tidak menggunakan topeng muka dan ingkar kepada arahan kuarantin.

Setakat 31 Julai 2009, Jumlah Kes di Malaysia: 1,371 termasuk 5 kematian.
574 (42%) merupakan kes import dan 797(58%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,341 kes (97%) telah sembuh, hanya 21 kes atau 2% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan 9 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sembilan (9) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

Sehingga 31 Julai 2009, sejumlah 177,248 kes dengan 1,173 kematian telah dilaporkan daripada 163 negara. Peningkatan sebanyak 526 kes dengan 7 kematian berbanding dengan hari sebelumnya. Majoriti kes akan pulih dengan sendiri walaupun kes ini mencatatkan kematian dimana melibatkan mereka yang mempunyai faktor risiko tertentu yang menyebabkan komplikasi yang boleh membawa maut.

Kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi ialah :

1. Kanak-kanak <>

2. Warga tua > 65 tahun

3. Mereka yang mengambil aspirin seumur hidup kerana masalah kesihatan

4. Wanita yang hamil

5. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, sakit jantung, asthma,

COPD, sakit buah pinggang yang memerlukan dialisis, sakit berkaitan darah.

6. Pesakit yang mempunyai sistem imun yang rendah.


Jika anda mengalami tanda-tanda ini, sila dapatkan rawatan dengan segera

1. Batuk berdarah

2. Sakit dada yang berterusan

3. Sukar bernafas, muka pucat dan kebiruan akibat sukar bernafas

4. Cirit birit dan muntah yang berterusan

5. Berkelakuan ganjil, koma, tidak sedar diri, sawan dan kelihatan amat lemah

6. Kencing berkurangan dengan mendadak serta pekat


Apa yang boleh anda lakukan?

Ingat prinsip mencegah lebih baik dari merawat.

1. Amalkan etika batuk seperti menutup mulut dengan tisu dan sapu tangan.

2. Jangan batuk terus dan menghadap orang lain

3. Basuh tangan selepas batuk, selsema,hingus dan kahak berada di tangan anda sebelum anda

menyentuh tombol pintu, meja, kerusi, stereng kereta dsb.

4. Gunakan topeng muka jika anda mengalami gejala-gejala H1N1

5. Jangan berkongsi barangan peribadi, minuman, makanan, alatan tulis selagi anda mempunyai

gejala.

6. Jarakkan diri anda dengan orang yang sihat sekurang-kurangnya satu depa ( 1 meter ) untuk

mengelakkan penularan jangkitan kepada orang lain selagi anda mempunyai gejala.

7. Elakkan dari mencium anak lebih-lebih lagi bayi jika anda mempunyai gejala.

8. Jika anda diperintahkan untuk menjalani arahan kuarantin, anda tidak dibenarkan sama

sekali untuk keluar rumah, berjalan-jalan atau bersiar-siar untuk menghalang penularan

wabak.


Untuk lebih maklumat berkenaan H1N1, sila layari http://h1n1.moh.gov.my/

Vena varicose



































Hairan melihat apa yang berlaku ke atas kaki pesakit ini? Apakah yang berbonjol-bonjol yang terdapat di kaki pesakit ini?
Ini adalah gambar pesakit varocise vein yang bertemu dengan saya.

Untuk memahami bagaimana penyakit ini berlaku, mari kita lihat jenis- jenis pembuluh darah yang terdapat di badan kita. Terdapat 3 jenis pembuluh darah utama dibadan kita iaitu:

1) Arteri ( membawa darah beroksigen dari jantung ke seluruh badan kecuali arteri pulmonari )
2) Vena ( membawa darah yang telah berkurangan oksigen dari badan kembali ke jantung
kecuali vena pulmonari)
3) Kapilari ( salur darah yang menghubungkan vena dan arteri)



































Di kaki kita terdapat 2 jenis vena iaitu dibahagian dalam (deep vein) dan bahagian luar
( superficial vein) dan dihubungkan oleh vena penembus ( perforater vein).


























Vena di bahagian luar atau permukaan ( superficial vein ) mempunyai injap-injap diantaranya untuk memastikan pengaliran sehala menuju ke dalam vena dibahagian dalam dan menghalang pengaliran balik ke vena di luar. Apabila injap ini tidak berfungsi, maka apa yang berlaku ialah pengaliran kembali ke vena di luar memnyebabkan ia membesar, terbonjol ke luar dan menyebabkan kecacatan kosmetik yang dapat dilihat seperti gambar diatas.































Antara punca-punca yang dikatikan dengan penyakit ini ialah berdiri terlalu lama, hamil, menopause, proses penuaan, sejarah deep vein thrombosis, kemalangan kaki atau abdomen atau pun keturunan.

Komplikasi:

1) Sakit, kaki terasa berat dan kesukaran untk berjalan.
2) Radang kulit di bahagian yang terlibat.
3) Ulser kulit.
4) Kemungkinan kanser jika pesakit mengalami ulser yang kronik dan tidak sembuh.
5) Pendarahan di bahagian urat yang terlibat jika tercedera.


Setakat ini, rawatan penyakit ini terbahagi kepada konservatif seperti meletakkan kaki sedikit tinggi daripada badan ketika duduk dan menggunakan stokin khas. Rawatan seterusnya ialah melalui pembedahan vena, skleroterapi, dan juga endovenous thermal ablation.

Untuk mendapatkan rawatan penyakit ini silalah bertemu dengan doktor anda. Sekian untuk kali ini.

Tonsil besar



































Pernahkah anda mengalami sakit tekak, demam, sukar menelan dan batuk-batuk? Kemungkinan tonsil di tekak anda bengkak dan mengalami radang dan jangkitan.

Jangkitan boleh disebabkan oleh bakteria dan virus. Antara organisma yang terlibat ialah

Bakteria ;
1. Group A beta - hemolytic streptococci
2. Neisseria gonorrhea
3. Corynebacterium diphtheriae ( diptheria)
4. Haemophilus influenza
5. Moraxella ( Branhamella) catarhalis
6. Group C & G streptococcus

Virus
1. Rhinovirus
2. Adenovirus
3. Parainfluenza virus
4. Coxsackievirus
5. Coronavirus
6. Echovirus
7. Herpes simplex virus


Ia juga boleh disebabkan oleh aliran hingus daripada hidung yang kronik, kesan merokok yang berpanjangan, atau pun kanser.

Bukan semua orang memerlukan pembedahan membuang tonsil. Ada beberapa indikasi dimana tonsil anda perlu dibuang. Antara indikasi tersebut ialah


Indikasi mutlak
1) Tonsil yang besar mengakibatkan saluran udara tersumbat, susah menelan, gangguan tidur
dan komplikasi jantung dan paru-paru.
2) Tonsil bernanah yang tidak ada respon apabila diberi ubat.
3) Tonsil yang menyebabkan sawan demam lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak.
4) Tonsil yang memerlukan biopsi.

Indikasi relatif
1) Tiga atau lebih jangkitan tonsil dalam setahun walaupun diberi rawatan.
2) Nafas dan deria rasa yang berbau busuk disebabkan oleh kegagalan rawatan jangkitan
3) Jangkitan yang lama dan kronik yang tidak ada respon terhadap antibiotik.
4) Tonsil yang besar disebelah bahagian sahaja yang difikirkan kemungkinan kanser.

Apapun sebelum anda bercadang untuk melakukan pembedahan, sila berjumpa dengan doktor pakar ENT ( telinga, tekak, dan mulut) dan dapatkan pandangan mereka berkenaan penyakit anda. Sekian, terima kasih.