Ini adalah gambar pesakit varocise vein yang bertemu dengan saya.
Untuk memahami bagaimana penyakit ini berlaku, mari kita lihat jenis- jenis pembuluh darah yang terdapat di badan kita. Terdapat 3 jenis pembuluh darah utama dibadan kita iaitu:
1) Arteri ( membawa darah beroksigen dari jantung ke seluruh badan kecuali arteri pulmonari )
2) Vena ( membawa darah yang telah berkurangan oksigen dari badan kembali ke jantung
kecuali vena pulmonari)
3) Kapilari ( salur darah yang menghubungkan vena dan arteri)
Di kaki kita terdapat 2 jenis vena iaitu dibahagian dalam (deep vein) dan bahagian luar
( superficial vein) dan dihubungkan oleh vena penembus ( perforater vein).
Vena di bahagian luar atau permukaan ( superficial vein ) mempunyai injap-injap diantaranya untuk memastikan pengaliran sehala menuju ke dalam vena dibahagian dalam dan menghalang pengaliran balik ke vena di luar. Apabila injap ini tidak berfungsi, maka apa yang berlaku ialah pengaliran kembali ke vena di luar memnyebabkan ia membesar, terbonjol ke luar dan menyebabkan kecacatan kosmetik yang dapat dilihat seperti gambar diatas.
Antara punca-punca yang dikatikan dengan penyakit ini ialah berdiri terlalu lama, hamil, menopause, proses penuaan, sejarah deep vein thrombosis, kemalangan kaki atau abdomen atau pun keturunan.
Komplikasi:
1) Sakit, kaki terasa berat dan kesukaran untk berjalan.
2) Radang kulit di bahagian yang terlibat.
3) Ulser kulit.
4) Kemungkinan kanser jika pesakit mengalami ulser yang kronik dan tidak sembuh.
5) Pendarahan di bahagian urat yang terlibat jika tercedera.
Setakat ini, rawatan penyakit ini terbahagi kepada konservatif seperti meletakkan kaki sedikit tinggi daripada badan ketika duduk dan menggunakan stokin khas. Rawatan seterusnya ialah melalui pembedahan vena, skleroterapi, dan juga endovenous thermal ablation.
Untuk mendapatkan rawatan penyakit ini silalah bertemu dengan doktor anda. Sekian untuk kali ini.
Untuk mendapatkan rawatan penyakit ini silalah bertemu dengan doktor anda. Sekian untuk kali ini.
0 comments:
Post a Comment