Tonsil besar



































Pernahkah anda mengalami sakit tekak, demam, sukar menelan dan batuk-batuk? Kemungkinan tonsil di tekak anda bengkak dan mengalami radang dan jangkitan.

Jangkitan boleh disebabkan oleh bakteria dan virus. Antara organisma yang terlibat ialah

Bakteria ;
1. Group A beta - hemolytic streptococci
2. Neisseria gonorrhea
3. Corynebacterium diphtheriae ( diptheria)
4. Haemophilus influenza
5. Moraxella ( Branhamella) catarhalis
6. Group C & G streptococcus

Virus
1. Rhinovirus
2. Adenovirus
3. Parainfluenza virus
4. Coxsackievirus
5. Coronavirus
6. Echovirus
7. Herpes simplex virus


Ia juga boleh disebabkan oleh aliran hingus daripada hidung yang kronik, kesan merokok yang berpanjangan, atau pun kanser.

Bukan semua orang memerlukan pembedahan membuang tonsil. Ada beberapa indikasi dimana tonsil anda perlu dibuang. Antara indikasi tersebut ialah


Indikasi mutlak
1) Tonsil yang besar mengakibatkan saluran udara tersumbat, susah menelan, gangguan tidur
dan komplikasi jantung dan paru-paru.
2) Tonsil bernanah yang tidak ada respon apabila diberi ubat.
3) Tonsil yang menyebabkan sawan demam lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak.
4) Tonsil yang memerlukan biopsi.

Indikasi relatif
1) Tiga atau lebih jangkitan tonsil dalam setahun walaupun diberi rawatan.
2) Nafas dan deria rasa yang berbau busuk disebabkan oleh kegagalan rawatan jangkitan
3) Jangkitan yang lama dan kronik yang tidak ada respon terhadap antibiotik.
4) Tonsil yang besar disebelah bahagian sahaja yang difikirkan kemungkinan kanser.

Apapun sebelum anda bercadang untuk melakukan pembedahan, sila berjumpa dengan doktor pakar ENT ( telinga, tekak, dan mulut) dan dapatkan pandangan mereka berkenaan penyakit anda. Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment