Gegata ?































Pernahkah anda mengalami gatal-gatal kulit dengan tiba-tiba atau pun selepas makan makanan laut atau alahan makanan? Kulit anda juga akan bengkak dan menaik dan kemerah merahan. Kadang-kadang kulit anda juga akan menjadi gatal dan sakit. Mungkin rakan-rakan anda akan memngatakan itu adalah gegata. Gambar diatas adalah contoh penyakit tersebut.

Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil urticaria.
Kebiasaannya keadaan ini akan pulih sendiri apabila punca alahan ini dijauhi atau dielakkan. Ia juga boleh dirawat dengan antihistamine.

Pada asasnya, ia boleh dibahagikan sebagai akut dan kronik.
1) Akut = kurang daripada 6 minggu.
2) Kronik = tempoh minimum 6 minggu dan keatas

Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom
1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca atau penyebab

1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4)Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari

Rawatan

1) Elakkan agen alahan tersebut. Jika anda alah pada sebarang makanan, jauhi makanan tersebut. Jika alah pada sejuk, getah, rantai daripada emas atau perak, elakkan daripada memakai barangan tersebut.

2) Antihistamine seperti piriton, cetirizine, loratadine ataupun steroid seperti prednisolone.


Maklumat diatas adalah sebagai panduan. Anda haruslah berjumpa dengan doktor anda untuk mengesahkan diagnosis dan memberikan ubat yang sesuai. Sekian.

3 comments:

Anonymous said...

salam, doktor.
saya mengalami gatal-gatal seperti gegata.tapi kegatalan saye dah berlanjutan lebih dari 3 bln. Saya risau la doktor.saya dah pergi ke klinik dan kalo jadi jek gatal2 dan bengkak2 sy terpaksa mkn pil alahan dan tahan gatal. sy tak dpt kelaskan ape yang sy alah..skrg nie saye pantang kacang, udang, sotong. tapi kekadang sy dah pantang pun dia datang gatal2 gaks..sy buntu pk apa lagi alahan mknan yang sy patut tinggalkan..bagaimana nak memulihkan keadaan seperti biasa yer doktor?

Anonymous said...

salam doktor.....
saya selalu alami gegate tiap2 hari,kebiasaannya di kaki dan di badan..tapi yang lebih teruk apabila saya bangun pagi muka saya akan bengkak...bagaimana nak atasi ni doktor??????

Anonymous said...

saya selalu kene.[ernah dulu sampai setahun.ada ambil pil, tapi ia akan tahan dalam sehari dua, lepastu kene balik.sekarang ni gegata dah mula menyerang saya setelah dah brape tahun tak kene.ubat saya, MINYAK KAPAK.mujarab tp habis la satu badan berminyak dan kenela tahan pedih minyak kapak tu.

Post a Comment