Assalamualaikum .......
Sebenarnya sudah lama niat dihati untuk menulis blog. Inilah rasanya peluang terbesar untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan masyarakat yang sudah bersedia dengan era ledakan maklumat yang infiniti ini. Kebanyakan blog hari ini di Malaysia hanya berkisar tentang politik semasa, self interest, dan dsb. Rasanya tidak ada atau pun boleh dikatakan sedikit yang memaparkan atau berkongsi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing.
Jadi inilah kesempatan yang harus saya ambil untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat yang kehausan ilmu pengetahuan lebih-lebih lagi yang berkenaan dengan kesihatan. Orang kata, kalau kita sedekahkan harta, maka harta akan berkurang. Tetapi jika kita sedekahkan ilmu, insyaAllah ilmu kita akan bertambah.
Saya hanyalah seorang pegawai perubatan, bukan seorang pakar mahupun pakar runding dalam bidang tertentu. Tetapi rasanya saya akan berkongsi fakta semampu daya saya.
Andai kata fakta yang diberikan silap atau kurang tepat, anda dialu-alukan untuk memperbetulkan fakta tersebut.
Saya berusaha untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam artikel ini untuk memudahkan pemahaman anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salaam.tahniah Dr kerana mengambil pendekatan ini utk sama2 berkongsi ilmu dgn masyarakat. Moga usaha murni Dr mendapat keberkatan dari Illahi. Amiin..
SALAM Dr. Saya yerkena gegata dh masuk hari ke3 sudah mendapatkan injection dn ubatan dr klinik, tp masih belum ada tanda2 pengurangan.. Apakah ubat paling mijarab utk penyakit gegata ni, sy dh buntu dn x tau mcmana nak buat lagi
Post a Comment