Merancang kehamilan

Pernahkah terlintas dalam fikiran anda cara-cara untuk merancang kehamilan? Lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan, baru menjalani pembedahan caesraean, sakit jantung seperti mitral stenosis, marfan syndrome, tetapi bukan kepada pengamal seks bebas ya! Bagi sesetengah orang mungkin yang terlintas di fikiran ialah kondom sahaja.

Sebenarnya ada beberapa method untuk mencegah kehamilan. Apa yang perlu ialah berjumpa dengan doktor anda dan berbincang mengenai pilihan, kesesuaian, kesan sampingan dan sebagainya. Disini saya akan berkongsi sedikit sebanyak tentang cara mencegah kehamilan ini.

Antaranya ialah:

1 Kondom yang digunakan oleh lelaki. Paling mudah tetapi peratusan keberkesanan ialah 90-98% kerana ada kemungkinan kebocoran di bahagian hujung kondom tersebut.

























2. Pil perancang ( oral contraceptive pill, OCP). Perlu diambil oleh kaum wanita setiap hari. Jika anda terlupa mengambilnya untuk 1 hari ada kemungkinan untuk hamil. Ia bertindak dengan mengawal paras progesteron dan estrogen dan menghalang mengelakkan ovulasi. Sesetengah wanita mungkin mendapat tekanan darah tinggi, gangguan haid, kenaikan berat badan. Peratusan keberkesanan 98-100%. Pesakit yang mempunyai sejarah deep vein thrombosis, kegagalan hati, penyakit kardiovaskular atau strok tidak boleh mengambil pil ini.



























3. Suntikan IM Depoprovera (medroxyprogesterone, atau Noristerat ( Norethisterone ). Di suntik di bahagian badan yang berotot (punggung ). Ia mengandungi hormon progesterone, disuntik sekali dalam masa 3 bulan. Jadi anda tidak perlu risau jika terlupa mengambilnya.
kepada yang tidak dibernarkan menggunakan cara ini ialah mereka yang mengalami pendarahan faraj yang tidak diketahui puncanya, mengalami masalah kegagalan hati, pesakit kanser dam sejarah thrombosis. Keberkesanan hampir 100%.






















4. Intrauterine contraceptive device. (IUCD). ALat ini dimasukkan ke dalam rahim melalui faraj, diperbuat daripada tembaga (copper) yang menghalang pelekatan zigot didinding rahim dan mengubah perembesan mukus di dalam rahim (lebih pekat). Kebiasannya diberikan kepada mereka yang ada kontraindikasi terhadap pil dan suntikan. Kesan sampingannya ialah sakit di bahagian bawah perut, gangguan pendarahan yang agak banyak dan lama. Tempoh untuk menggunakan alat ini ialah 3 tahun.

















5. Tubal ligation. Disini tiub fallopian yang menyambungkan antara ovari dan rahim dipotong dan diikat melalui pembedahan. Ini seterusnya akan menyebabkan sperma tidak dapat sampai ke ovari menyebabkan persenyawaan tidak berlaku. Perlu diingat setelah menjalani prosedur ini, amat sukar atau mustahil untuk mencantumkan kembali tiub fallopian yang telah dipotong dan diikat tadi. Biasanya ia dijalankan kepada pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang serius dan tidak digalakkan untuk hamil.





















Apa yang dibincangkan disini ia;ah ringkasan sahaja. Sebenarnya perbincangan yang lebih mendalam adalah lebih panjang dan tidak dapat dihuraikan satu persatu disini. Oleh itu, anda perlulah berjumpa dengan doktor anda mengenai pilihan, kontraindikasi, kesan sampingan dan tempoh penggunaan setiap alat tersebut. Sekian.



















0 comments:

Post a Comment