Dunia kini menyaksikan penularan wabak influenza A H1N1 semakin tidak terkawal dan kini telah memasuki fasa tertinggi dengan penyebaran merentas negara menjadi semakin meruncing. Sejak diumumkan pada 27 April yang lalu, wabak tersebut telah menjangkiti 29669 orang . Fasa wabak ini juga telah dinaikkan daripada Fasa 3 pada hujung April 2009 ke Fasa 6 iaitu fasa tertinggi yang merentasi sempadan negara pada 11 Jun 2009. Ketika fasa permulaan wabak ini, 23 negara telah terlibat, dan setakat ini, 12 jun 2009, 74 negara telah disahkan telibat.
Faktor yang dikenalpasti mempercepatkan penularan wabak ini ialah pengangkutan udara yang memudahkan mobilti pesakit yang telah dijangkiti . Hal ini disebabkan oleh penyebaran aerosol dan partikel pernafasan yang mengandungi virus oleh orang yang dijangkiti yang dibebaskan ketika ia bersin yang seterusnya disebarkan oleh sistem penapisan udara kabin tersebut. Ini mengakibatkan virus-virus tersebut tersebar dengan lebih mudah dikalangan penumpang. Inilah rasionalnya kementerian kesihatan memanggil para penumpang kapal terbang yang terbabit untuk melaporkan kepada mereka.
Setakat 13 Jun 2009, seramai 12 pesakit di Malaysia telah disahkan dijangkiti wabak tersebut dimana semuanya adalah kes import. Majoriti pesakit pula kebanyakannya ialah pesakit-pesakit muda termasuklah mereka yang meninggal dunia. Setakat ini, Seramai 145 orang telah meninggal dunia akibat penyakit ini.
Adalah satu langkah yang bijak jika anda menangguhkan lawatan ke luar negara pada waktu terdekat ini.
0 comments:
Post a Comment