Uri di BAWAH?



Anda seorang wanita yang hamil 7 bulan, kemudian ketika ultrasound scan dijalankan, doktor memberitahu anda bahawa kedudukan uri anda berada dibawah. Apakah anda terkejut dan mengerti makna uri dibawah? Atau anda membiarkan sahaja maklumat itu menjadi sebahagian daripada misteriiiii? Atau anda membiarkan sahaja ia menjadi penyebab kematian bagi ibu mengandung?? Pada pendapat saya, amat wajar wanita yang mengandung mengetahui serba sedikit mengenai masalah ini.


Dalam bahasa perubatan, uri dinamakan sebagai placenta, manakala pelekatan uri dibahagian bawah uterus berdekatan dengan internal os atau pun cervix ( pintu rahim ) ialah placenta praevia. Untuk memahami maksud dengan jelas, mari kita lihat ilustrasi dibawah.


Dalam keadaan normal, pelekatan uri haruslah tidak menutupi cervix supaya tidak menghalang proses kelahiran dimana bayi akan melalui cervix (pintu rahim). Ia boleh melekat di mana-mana bahagian rahim seperti di depan (anterior), belakang (posterior), bahagian sisi(lateral) dan atas (fundus ). Dalam contoh di atas, placenta tersebut melekat sepenuhnya di pintu rahim menyebabkan bayi tidak boleh dilahirkan secara normal.


Placenta praevia boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu :

1) Complete ( sepenuhnya )
2) Partial ( sebahagian)
3) Marginal ( menghampiri tetapi tidak menutupi )
4) Low lying ( berdekatan dengan pintu rahim tetapi masih lagi tidak menutupinya ).


Antara faktor-faktor risiko untuk mendapat placenta praevia ketika mengandung adalah seperti berikut:

1) Peningkatan usia
2) Mengandung lebih daripada 2 kali ( multiparity)
3) Mengandung kembar (twin pregnancy )
4) Sejarah pembedahan melibatkan rahim ( caesarean section )
5) Keguguran

Wanita yang hamil dengan placenta praevia mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat komplikasi seperti berikut:

1) Pendarahan yang banyak
2) Jangkitan (septicaemia )
3) Risiko untuk pembuangan rahim jika pendarahan terlalu teruk dan tidak dapat dihentikan
ketika pembedahan.


Kebiasaannya untuk memastikan kedudukan uri, ultrasound scan perlu dilakukan pada usia kandungan 7 bulan ( 28 minggu ), jika jarak dibahagian hujung uri dengan cervix > 5 cm bermakna uri diatas, tetapi jika jarak uri < 5 cm, maka ultrasound perlu diulangi dalam masa 2 - 4 minggu untuk memastikan kedudukan uri yang sebenar. Tetapi jika uri menutupi sepenuhnya kemungkinan anda akan dimasukkan ke wad sehingga 9 bulan kemudian pembedahan akan dilakukan.

Setakat ini rawatan untuk placenta praevia adalah simptomatik. Untuk placenta praevia sepenuhnya dan sebahagian ( complete and partial ) memerlukan pembedahan manakala low lying atau marginal ada kemungkinan kelahiran secara normal dibenarkan. .

7 comments:

Anonymous said...

slm dr..sya uri dibawah,skrg dh 33 mggu..klu xde bleeding,kena tahan wad jugak ke?

Anonymous said...

Assalam doc..sy nk tanye..smlm sy check tempoh hamil dlm 28 mggu..doc ade buat scan dan mengatakan uri berada dibelakang..adakah ini juga merbahaya pd baby sy? Mcm mane sy nk perbetulkan kedudukan uri sy?

Unknown said...

Salam doc saya nk bertanyakan masalah uri Di Bahagian depan, kandungan saya berumur 21 minggu.. Mohon pencerahan..
T kasih

safi said...
This comment has been removed by the author.
safi said...

Salam doc, sy nk tnya apa maksud uri post u/s?

syuhada said...

salam dok.nak tanya sy dh 7 bulan dlm msa yg sama fundus rendah adakah sy mengahadapi masalah jika fundus rendah??

saadiahkaczka said...

Slots machines are turning on and off at Casumo - JTM Hub
If you are wondering 오산 출장마사지 how casinos around 논산 출장안마 the world are using mobile devices, 여수 출장마사지 then check 제주도 출장안마 out this article from the Casino Guru. 파주 출장안마

Post a Comment